TEKS BAHASA ARAB
صلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة. وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة بغير عمامة. إن الملائكة ليشهدون الجمعة معتمين، ولا يزالون يصلون على أصحاب العمائم حتى تغرب الشمس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Satu solat dengan serban menyamai dua puluh lima solat tanpa serban. Manakala satu solat Jumaat dengan serban menyamai dua puluh tujuh solat Jumaat tanpa serban. Sesungguhnya para malaikat menghadiri solat Jumaat dalam keadaan memakai serban dan mereka sentiasa mendoakan orang-orang yang memakai serban sehingga terbenam matahari.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 345-346, hadis nombor 1816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن مهدي بن ميمون، قال: دخلت على سالم بن عبد الله بن عمر وهو يعتم، فقال لي: يا أبا أيوب ألا أحدثك بحديث تحبه وتحمله وترويه؟ قلت: بلى، قال: دخلت على عبد الله بن عمر وهو يعتم، فقال: يا بني! أحب العمامة، يا بني! اعتم، تجل وتكرم وتوقر، ولا يراك الشيطان إلا ولى هاربا، إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: «صلاة بعمامة تعدل خمسا وعشرين صلاة بغير عمامة. وجمعة بعمامة تعدل سبعين جمعة بغير عمامة. إن الملائكة ليشهدون الجمعة معتمين، ولا يزالون يصلون على أصحاب العمائم حتى تغرب الشمس». [ابن النجار، «الضعيفة» (127)].
(Palsu) Daripada Mahdī bin Maymūn, beliau berkata: Aku masuk bertemu dengan Sālim bin ‘Abdullah bin ‘Umar RA dalam keadaan beliau sedang memakai serban, lalu beliau berkata kepadaku: "Wahai Abū Ayyūb! Bolehkah aku menceritakan kepadamu satu hadis yang kamu akan menyukainya, membawanya dan meriwayatkannya?" Aku menjawab: "Tentu sekali". Beliau berkata: "Aku masuk bertemu dengan ‘Abdullah bin ‘Umar RA dalam keadaan beliau sedang memakai serban, lalu beliau berkata: "Wahai anakku! Aku menyukai serban. Wahai anakku! Pakailah serban, nescaya kamu akan dibesarkan, dimuliakan dan dihormati. Syaitan pula tidak akan melihat kamu melainkan dia akan berpaling semula untuk melarikan diri. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: Satu solat dengan serban menyamai dua puluh lima solat tanpa serban. Manakala satu solat Jumaat dengan serban menyamai dua puluh tujuh solat Jumaat tanpa serban. Sesungguhnya para malaikat menghadiri solat Jumaat dalam keadaan memakai serban dan mereka sentiasa mendoakan orang-orang yang memakai serban sehingga terbenam matahari". [Riwayat Ibn al-Najjār. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 127].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.