TEKS BAHASA ARAB
حديث: من شك في إيمانه، فقد حبط عمله وهو في الآخرة من الخاسرين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang syak dengan keimanannya,maka amalannya telah terbatal, dan dia termasuk orang-orang yang rugi di akhirat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 453, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن حبان عن أنس مرفوعا، وهو موضوع.
Diriwayatkan oleh Ibn Hibban daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), dan ia adalah palsu.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.