Kata-kata Ali: Tatkala dinyatakan kepadanya: Engkau mengenali Allah melalui Nabi Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

قول علي رضي الله عنه، لما قيل له: عرفت الله بمحمد صلى الله عليه وآله وسلم، أو عرفت محمدا بالله تعالى؟ قال: ما احتجت إلى رسول الله، ولكن الله عرفني بنفسه، بلا كيف كما شاء، وبعث محمدا رسولا ليبلغ القرآن والإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kata-kata Ali: Tatkala ditanyakan kepadanya: Engkau mengenali Allah melalui Nabi Muhammad sallallahi alaihi wasallam, atau engkau mengenali Muhammad dengan Allah SWT? Dia berkata: Aku tidak memerlukan Rasulullah, tetapi Allah telah memperkenalkan diriNya kepadaku dengan cara yang Dia mahu, dan mengutuskan Muhammad sebagai rasul, untuk menyampaikan al-Quran dan iman…hingga akhir hadith.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 455, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الجوزقاني في الواهيات. قال ابن الجوزي: هذا حديث موضوع على علي رضي الله عنه، لأنه أجل من أن يقول: هذا، والمتهم به محمد بن سعيد الهروي.

Diriwayatkan oleh al-Jauzaqani dalam hadith-hadith palsu.Ibn al-Jauzi berkata: Hadith ini palsu ke atas Ali RA kerana beliau lebih mulia untuk berkata-kata seperti ini. Perawi yang dituduh berdusta adalah Muhammad bin Said al-Harawi.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs