Sesiapa yang suka untuk memegang ranting segar yang ditanam oleh Allah dengan tangan-Nya,maka berpeganglah dengan kecintaan kepada Ali RA

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أحب أن يتمسك بالقضيب الرطب الذي غرسه الله بيده فليتمسك بحب علي رضي الله عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Siapa yang suka untuk memegang ranting segar yang ditanam oleh Allah dengan tangan-Nya maka berpeganglah dengan kecintaan kepada Ali RA.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 375, hadis nombor 75. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الأزدي عن البراء مرفوعا. وفي إسناده: وضاع. وقد رواه الدارقطني عن زيد بن أرقم مرفوعا. وفي إسناده: وضاع.

Diriwayatkan oleh al-Azdi daripada al-Bara’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat pemalsu hadith.
Diriwayatkan juga oleh al-Daraqutni daripada Zaid bin Arqam secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat pemalsu hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.