Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Wahai Abu Bakar, sesungguhnya hanya orang yang dikurniakan kelebihan mengetahui orang yang mempunyai kelebihan

Teks Bahasa Arab

حديث: أنَّهُ أَقْبَلَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ، فَتَزَحْزَحَ لَهُ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى قَعَدَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ، فَسُرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ: يَا أَبَا بَكْرٍ: إِنَّمَا يَعْرِفُ الْفَضْلَ لأَهْلِ الفضل، ذو الفضل.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Ali bin Abi Talib datang, lalu Abu Bakar bergerak sedikit dan dia duduk di antara Abu Bakar dan Nabi SAW. Lantas Nabi SAW berasa gembira dan bersabda: Wahai Abu Bakar,sesungguhnya hanya orang yang dikurniakan kelebihan mengetahui orang yang mempunyai kelebihan.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA
  2. ‘Aisyah RA
  3. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 371, hadis no. 67. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن أنس مرفوعا، ورواه أيضا عن عائشة مرفوعا، وفي إسناده: محمد بن زكريا الغلابي، وهو وضاع. ورواه الديلمي من حديث أبي سعيد، بلفظ: يا أبا بكر، يعرف الفضل لذوي الفضل أهل الفضل.

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Diriwayatkan juga daripada 'Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat Muhammad bin Zakaria al-Ghalabi, dia adalah seorang pemalsu hadith. Diriwayatkan oleh al-Dailami daripada hadith Abu Said dengan lafaz: Wahai Abu Bakr, kelebihan bagi pemilik kelebihan itu akan diketahui oleh ahlinya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.