Sesiapa yang solat pada malam pertengahan Syaaban sebanyak 50 rakaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة النصف خمسين ركعة قضى له كل حاجة طلبها تلك الليلة وإن كان كتب في اللوح المحفوظ شقيا يمحو الله ذلك ويحوله إلى السعادة ويبعث إليه سبعمائة ألف ملك يكتبون له الحسنات وسبعمائة ألف ملك يبنون له القصور في الجنة ويعطى بكل حرف قراءة سبعين حوراء منهن لها سبعون ألف وصيف وسبعون ألف وصيفة ويعطى أجر سبعمائة ألف شهيد ويشفع في سبعين ألف إلى أن قال وقال سلمان الفارسي سمعت رسول الله يقول يعطى بكل حرف من قل هو الله أحد تلك الليلة سبعين حوراء وذكر الحديث بطوله فقبح الله من وضعه فلقد أتى فيه من الكذب والإفك ما لا يوصف من ذلك قال وقال أبو هريرة سمعت رسول الله يقول يعطى بكل حرف ألف ألف حوراء من أحيى ساعة من ساعات تلك الليلة يعطى بعدده ما طلعت عليه الشمس والقمر جنات في كل جنة بساتين إلى أن قال والذي بعثني بالحق لا يرغب عن هذه الصلاة إلا فاسق أو فاجر إلى أن قال ويرفع له ألف ألف مدينة في الجنة في كل مدينة ألف ألف قصر في القصر ألف ألف دار في الدار ألف ألف صفة في الصفة ألف ألف وسادة وألف ألف زوجة من الحور لكل حوراء ألف ألف خادم وفي البيت ألف ألف مائدة عرضها كما بين المشرق والمغرب على كل مائدة ألف ألف قصعة في كل قصعة ألف ألف لون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam pertengahan Syaaban sebanyak 50 rakaat, maka Allah akan memakbulkan setiap hajat yang dimintanya pada malam tersebut walaupun ia ditulis di lohmahfuz sebagai seorang yang derita, maka Allah akan menghapuskan perkara tersebut dan Allah akan mengubahnya kepada orang yang gembira. Allah juga akan mengutuskan kepadanya 700 000 malaikat yang akan menulis baginya kebaikan-kebaikan, dan 700 000 malaikat yang akan membina baginya istana-istana di dalam syurga dah Allah akan memberikan setiap huruf yang dibaca 70 bidadari. Daripada bidadari teresebut, adanya 70 000 pembantu lelaki dan 70 000 pembantu perempuan. Allah akan memberikan ganjaran 700 000 syahid dan dia akan memberikan syafaat kepada 70 000 sehingga dia berkata: Salman al-Farisi RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda akan diberikan setiap huruf daripada surah al-Ikhlas pada malam tersebut 70 bidadari. Lalu dia menyebut hadis itu secara keseluruhannya.
Semoga Allah memburukkan orang yang merekanya kerana dia telah mendatangkan padanya daripada pendustaan dan penipuan yang tidak sepatutnya. Abu Hurairah berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW berkata: Allah memberikan bagi setiap huruf 1 000 000 bidadari bagi orang yang menghidupkan sebahagian daripada masa pada malam tersebut dan Allah memberikan dengan bilangannya apa yang terbit di atasnya matahari dan bulan, syurga-syurga yang mana pada setiap syurga itu terdapat taman-taman sehingga dia berkata: Demi Allah yang mengutuskan aku dengan kebenaran, tiada yang benci akan solat ini melainkan orang-orang yang fasik atau pendosa sehingga dia berkata: Allah mengangkat baginya 1 000 000 kota di dalam syurga dan pada setiap kota tersebut terdapat 1 000 000 istana, dan setiap istana tersebut terdapat 1 000 000 rumah, setiap rumah tersebut terdapat 1 000 000 ruang, setiap ruang itu adanya 1 000 000 bantal dan 1 000 000 isteri daripada bidadari, dan bagi setiap bidadari itu adanya 1 000 000 khadam, dan pada rumah tersebut adanya 1 000 000 hidangan yang mana luasnya di antara timur ke barat bagi setiap hidangan tersebut, bagi setiap hidangan tersebut adanya 1 000 000 mangkuk, dan setiap mangkuk itu ada 1 000 000 warna.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 83-84. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ خَمْسِينَ رَكْعَةٍ فِي لَيْلَةِ الْبَرَاءَةِ قَالَ الذَّهَبِيُّ فِي مِيزَانِ الِاعْتِدَال وَابْنُ حَجَرٍ الْعَسْقَلانِيُّ فِي لِسَانِ الْمِيزَانِ فِي حَرْفِ الْمِيمِ مُحَمَّدُ بْنُ سَعِيدٍ الطِّبِرُيُّ لَا يَدْرِي مَنْ هُوَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو الْبَجْلِيِّ مَجْهُولٌ مِثْلُهُ أَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ أَنَا شُعَيْبُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ حَدَّثَنِي الْحَسَنُ الْبَصْرِيُّ أَنَا أَنَسٌ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفِ خَمْسِينَ رَكْعَةً قَضَى لَهُ كُلَّ حَاجَةٍ طَلَبَهَا تِلْكَ اللَّيْلَةَ وَإِنْ كَانَ كَتَبَ فِي اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ شَقِيًّا يَمْحُو اللَّهُ ذَلِكَ وَيُحَوِّلُهُ إِلَى السَّعَادَةِ وَيبْعَث إِلَيْهِ سَبْعمِائة أَلْفَ مَلَكٍ يَكْتُبُونَ لَهُ الْحَسَنَاتِ وَسَبْعمائة أَلْفِ مَلَكٍ يَبْنُونَ لَهُ الْقُصُورَ فِي الْجَنَّةِ وَيُعْطَى بِكُلِّ حَرْفٍ قِرَاءَةَ سَبْعِينَ حَوْرَاءَ مِنْهُنَّ لَهَا سَبْعُونَ أَلْفَ وَصِيفٍ وَسَبْعُونَ أَلْفَ وصيفة وَيُعْطى أجر سَبْعمِائة أَلْفِ شَهِيدٍ وَيَشْفَعُ فِي سَبْعِينَ ألف إِلَى أَن قَالَ وَقَالَ سَلْمَانُ الْفَارِسِيُّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ يُعْطَى بِكُلِّ حَرْفٍ مَنْ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ سَبْعِينَ حَوْرَاءَ وَذَكَرَ الْحَدِيثَ بِطُولِهِ فَقَبَّحَ اللَّهُ مَنْ وَضَعَهُ فَلَقَدْ أَتَى فِيهِ مِنَ الْكَذَبِ والإفك مَا لَا يُوصف من ذَلِك قَالَ وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ يُعْطَى بِكُلِّ حَرْفٍ أَلْفَ ألف حوراء من أحيى سَاعَةً مِنْ سَاعَاتِ تِلْكَ اللَّيْلَةِ يُعْطَى بِعَدَدِهِ مَا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ جَنَّاتٍ فِي كُلِّ جَنَّةٍ بَسَاتِينُ إِلَى أَنْ قَالَ وَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ لَا يَرْغَبُ عَنْ هَذِهِ الصَّلاةِ إِلا فَاسِقٌ أَوْ فَاجِرٌ إِلَى أَنْ قَالَ وَيُرْفَعُ لَهُ أَلْفُ أَلْفِ مَدِينَةٍ فِي الْجَنَّةِ فِي كُلِّ مَدِينَةٍ أَلْفُ أَلْفِ قَصْرٍ فِي الْقَصْرِ أَلْفُ أَلْفِ دَارٍ فِي الدَّارِ أَلْفُ أَلْفِ صُفَّةٍ فِي الصُّفَّةِ ألف ألف وسَادَة وَألف أَلْفِ زَوْجَةٍ مِنَ الْحُورِ لِكُلِّ حَوْرَاءَ أَلْفُ أَلْفِ خَادِمٍ وَفِي الْبَيْت ألف ألف مَائِدَةٌ عَرْضُهَا كَمَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ عَلَى كُلِّ مَائِدَةٍ أَلْفُ أَلْفِ قَصْعَةٍ فِي كُلِّ قَصْعَةٍ أَلْفُ أَلْفِ لَوْنٍ. فَمَا أَتَعَجَّبُ إِلا مِنْ قِلَّةِ وَرَعِ ابْنِ نَاصِرٍ كَيْفَ رُوِيَ هَذَا وَسَكَتَ عَنْ تَوْهِينِهِ فَإِنَّا للَّهِ انْتَهَى كَلَامه.

Hadis 50 rakaat pada malam perlepasan (al-Bara’ah), kata al-Zahabi di dalam Mizan al-’Itidal dan Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Lisan al-Mizan, pada huruf mim iaitu Muhammad bin Sa’id al-Tabari tidak diketahui siapa dia. Dia (meriwayatkan hadis) daripada Muhammad Bin Amr al-Bajali, dia ialah perawi yang majhul (tidak dikenali) sepertinya, katanya: Telah diberitakan kepada kami al-Nadhr bin Shumail, telah diberitakan kepada kami Shu’aib bin Abd al-Malik, telah berkata padaku al-Hasan al-Basri, telah diberitakan kepada kami Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang solat pada malam pertengahan Syaaban sebanyak 50 rakaat, maka Allah akan memakbulkan setiap hajat yang dimintanya pada malam tersebut walaupun ia ditulis di lohmahfuz sebagai seorang yang derita, maka Allah akan menghapuskan perkara tersebut dan Allah akan mengubahnya kepada orang yang gembira. Allah juga akan mengutuskan kepadanya 700 000 malaikat yang akan menulis baginya kebaikan-kebaikan, dan 700 000 malaikat yang akan membina baginya istana-istana di dalam syurga dah Allah akan memberikan setiap huruf yang dibaca 70 bidadari. Daripada bidadari teresebut, adanya 70 000 pembantu lelaki dan 70 000 pembantu perempuan. Allah akan memberikan ganjaran 700 000 syahid dan dia akan memberikan syafaat kepada 70 000 sehingga dia berkata: Salman al-Farisi berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda akan diberikan setiap huruf daripada surah al-Ikhlas pada malam tersebut 70 bidadari. Lalu dia menyebut hadis itu secara keseluruhannya.
Semoga Allah memburukkan orang yang merekanya kerana dia telah mendatangkan padanya daripada pendustaan dan penipuan yang tidak sepatutnya. Abu Hurairah berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW berkata: Allah memberikan bagi setiap huruf 1 000 000 bidadari bagi orang yang menghidupkan sebahagian daripada masa pada malam tersebut dan Allah memberikan dengan bilangannya apa yang terbit di atasnya matahari dan bulan, syurga-syurga yang mana pada setiap syurga itu terdapat taman-taman sehingga dia berkata: Demi Allah yang mengutuskan aku dengan kebenaran, tiada yang benci akan solat ini melainkan orang-orang yang fasiq atau pendosa sehingga dia berkata: Allah mengangkat baginya 1 000 000 kota di dalam syurga dan pada setiap kota tersebut terdapat 1 000 000 istana, dan setiap istana tersebut terdapat 1 000 000 rumah, setiap rumah tersebut terdapat 1 000 000 ruang, setiap ruang itu adanya 1 000 000 bantal dan 1 000 000 isteri daripada bidadari, dan bagi setiap bidadari itu adanya 1000000 khadam, dan pada rumah tersebut adanya 1 000 000 hidangan yang mana luasnya di antara timur ke barat bagi setiap hidangan tersebut, bagi setiap hidangan tersebut adanya 1 000 000 mangkuk, dan setiap mangkuk itu ada 1000000 warna. (Al-Zahabi berkata:) Tiada yang aku takjub melainkan disebabkan sedikit sifat warak Ibn Nasir bagaimana dia meriwayatkan hadis ini dan dia mendiamkan diri daripada melemahkan hadis ini maka sesungguhnya kami milik Allah. Selesai ucapannya.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.