Sesiapa yang solat pada malam pertengahan Syaaban dengan 12 rakaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة النصف من شعبان اثنتى عشر ركعة يقرأ في كل ركعة قل هو الله أحد ثلاثين مرة لم يخرج حتى يرى مقعده من الجنة ويشفع في عشرة من أهل بيته كلهم وجبت له النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam pertengahan Syaaban dengan 12 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat itu surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dia tidak akan keluar sehingga dia melihat tempatnya di dalam syurga dan dia akan memberi syafaat kepada 10 orang daripada ahli keluarganya yang mana mereka itu merupakan ahli neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 84-85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث اثْنَتَي عَشْرَ رَكْعَةً أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِسَنَدِهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ النِّصْفِ من شعْبَان اثنتى عشر رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ثَلاثِينَ مَرَّةً لَمْ يَخْرُجْ حَتَّى يَرَى مَقْعَده من الْجنَّة ويشفع فِي عَشَرَةٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ كُلُّهُمْ وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ وَقَالَ إِنَّهُ مَوْضُوعٌ وَفِى سَنَدِهِ مَجَاهِيلُ وَأقرهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيّ وَابْن عراق وَابْنُ حَجَرٍ وَغَيْرُهُمْ.

Hadis 12 rakaat yang dikeluarkan oleh Ibn Jauzi dengan sanadnya daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang solat pada malam pertengahan Syaaban dengan 12 rakaat, dia membaca pada setiap rakaat itu surah al-Ikhlas sebanyak 30 kali, dia tidak akan keluar sehingga dia melihat tempatnya di dalam syurga dan dia akan memberi syafaat kepada 10 orang daripada ahli keluarganya yang mana mereka itu merupakan ahli neraka. Ibn al-Jauzi berkata bahawasanya ia ialah hadis yang palsu dan pada sanadnya terdapat perawi yang tidak dikenali dan ini dipersetujui oleh al-Suyuthi, Ibn al-Iraq, Ibn Hajar dan yang selain daripada mereka.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.