TEKS BAHASA ARAB
من صلى ليلة الثلاثاء ركعتين يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وقل هو الله أحد والمعوذتين خمس عشر مرة ويقرأ بعد التسليم خمس عشرة مرة آية الكرسي واستغفر الله خمس عشرة مرة كان له ثواب عظيم وأجر جسيم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang solat pada malam hari Selasa sebanyak dua rakaat. Lalu dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas 15 kali. Kemudian selepas salam dia membaca 15 kali ayat kursi dan beristighfar 15 kali. Jika dia lakukan itu, maka baginya pahala dan ganjaran yang besar.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
حَدِيثُ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الثُّلاثَاءِ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أحد والمعوذتين خمس عشر مَرَّةً وَيَقْرَأُ بَعْدَ التَّسْلِيمِ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً آيَةَ الْكُرْسِيِّ وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً كَانَ لَهُ ثَوَابٌ عَظِيمٌ وَأَجْرٌ جَسِيمٌ.
ذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ وَهُوِ َحَدِيثٌ مَوْضُوعٌ.
Hadis:
من صلى ليلة الثلاثاء ركعتين يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وقل هو الله أحد والمعوذتين خمس عشر مرة ويقرأ بعد التسليم خمس عشرة مرة آية الكرسي واستغفر الله خمس عشرة مرة كان له ثواب عظيم وأجر جسيم.
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada malam hari Selasa sebanyak dua rakaat. Lalu dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas 15 kali. Kemudian selepas salam dia membaca 15 kali ayat kursi dan beristighfar 15 kali. Jika dia lakukan itu, maka baginya pahala dan ganjaran yang besar.”
Al-Ghazali menyebutnya di dalam al-Ihya’ dan ia ialah hadis palsu.
RUJUKAN
Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.