Sesiapa yang solat pada hari Selasa sebanyak sepuluh rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الثلاثاء عشر ركعات عند انتصاف النهار وفي رواية عند ارتفاع النهار يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وآية الكرسي مرة وقل هو الله أحد ثلاث مرات لم يكتب عليه خطيئة إلى سبعين يوما فإن مات إلى سبعين يوما مات شهيدا وغفر له ذنوب سبعين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari selasa sebanyak sepuluh rakaat ketika tengahari. Dalam satu riwayat: Ketika siang telah tinggi. Lalu dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali, ayat kursi sekali dan surah al-Ikhlas tiga kali maka tidak akan ditulis dosanya sehingga 70 hari. Jika dia mati dalam tempoh 70 hari maka dia mati dalam keadaan syahid dan diampunkan dosanya selama 70 tahun.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 53. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

مَنْ صَلَّى يَوْمَ الثُّلاثَاءِ عَشْرَ رَكَعَاتٍ عِنْدَ انْتِصَافِ النَّهَارِ. وَفِي رِوَايَةٍ عِنْدَ ارْتِفَاعِ النَّهَارِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابَ وَآيَةَ الْكُرْسِيَّ مَرَّةً وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ثَلاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يُكْتَبْ عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ إِلَى سَبْعِينَ يَوْمًا فَإِنْ مَاتَ إِلَى سَبْعِينَ يَوْمًا مَاتَ شَهِيدًا وَغُفِرَ لَهُ ذُنُوبُ سَبْعِينَ سنة.
ذكره الْغَزالِيّ، قَالَ الْعِرَاقِيّ أَخْرَجَهُ أَبُو مُوسَى الْمَدِينِيُّ بِسَنَدٍ ضَعِيف.

Hadis:
من صلى يوم الثلاثاء عشر ركعات عند انتصاف النهار وفي رواية عند ارتفاع النهار يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وآية الكرسي مرة وقل هو الله أحد ثلاث مرات لم يكتب عليه خطيئة إلى سبعين يوما فإن مات إلى سبعين يوما مات شهيدا وغفر له ذنوب سبعين سنة.
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada hari selasa sebanyak sepuluh rakaat ketika tengahari. Dalam satu riwayat: ketika siang telah tinggi. Lalu dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali, ayat kursi sekali dan surah al-Ikhlas tiga kali maka tidak akan ditulis dosanya sehingga 70 hari. Jika dia mati dalam tempoh 70 hari maka dia mati dalam keadaan syahid dan diampunkan dosanya selama 70 tahun.”
Al-Ghazali menyebutnya di dalam kitabnya al-Ihya’. Al-Iraqi berkata: Abu Musa al-Madini meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang lemah.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.