TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صلى يوم الجمعة وصام يومها وعاد مريضها وشهد جنازتها وأعتق رقبة وتصدق وجبت له الجنة ذلك اليوم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang solat pada hari Jumaat, berpuasa padanya, menziarahi pesakit, mengiringi jenazah, membebaskan hamba dan bersedekah maka wajib baginya syurga pada hari itu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 33, hadis nombor 73. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ضعفه البيهقي.
Ia dinilai Dhaif oleh al-Baihaqi.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.