Dahulukan yang terbaik dikalangan kamu, maka solat kamu akan menghapuskan dosa

TEKS BAHASA ARAB

حديث: قدموا خياركم تزكو صلاتكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Dahulukan yang terbaik dikalangan kamu, maka solat kamu akan menghapuskan dosa.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 32, hadis nombor 69. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَرَوَى بِلَفْظِ: إِنَّ سَرَّكُمْ أَنْ تُقْبَلَ صَلاتُكُمْ فَلْيَؤُمَّكُمْ خِيَارُكُمْ. وروى: علماءكم فإنهم وفدكم فِيمَا بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ رَبِّكُمْ.
وَرَوَى: مَنْ صَلَّى خَلْفَ عَالِمٍ تَقِيٍّ فَكَأَنَّمَا صَلَّى خَلْفَ نَبِيٍّ.كُلُّهَا لم تصح.

Diriwayatkan dengan lafaz: “Jika kamu mahu solat kamu diterima, maka hendaklah orang yang paling baik mengimamkan kamu”.
Dan Diriwayatkan: “Ulama-ulama kamu merupakan wakil di antara kamu dan tuhanmu”.
Dan diriwayatkan juga: “Sesiapa yang solat dibelakang orang alim dan bertaqwa, maka seolah-olah dia solat di belakang nabi”.
Kesemua riwayat ini tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.