TEKS BAHASA ARAB
من رضي من الله بالقليل من الرزق؛ رضي الله عنه بالقليل من العمل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang redha dengan rezeki yang sedikit, Allah akan redha dengan amalnya yang sedikit.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 604, hadis nombor 3129. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من رضي من الله بالقليل من الرزق؛ رضي الله عنه بالقليل من العمل)). [ابن شاهين، الخطيب في ((الموضح))، هب، ((الضعيفة)) (2373)].
(Lemah)
Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesiapa yang reda dengan rezeki yang sedikit, Allah akan reda dengan amalnya yang sedikit.))
[Riwayat Ibn Shahin dalam al-Targhib wa al-Tarhib, al-Khatib dalam al-Muwaddhih dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2373].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.