Sesiapa yang memakan sewa rumah-rumah di Mekah, maka ia sebenarnya sedang memakan api

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أكل ‌كراء بيوت مكة؛ أكل نارا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memakan hasil sewa rumah-rumah di Mekah, maka ia sebenarnya sedang memakan api.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 604, hadis nombor 3128. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من أكل ‌كراء بيوت مكة؛ أكل نارا)). [قط، ((الضعيفة)) (2186)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesiapa yang memakan hasil sewa rumah-rumah di Mekah, maka ia sebenarnya sedang memakan api.))
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2186].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.