Sesiapa yang reda dengan sultan pada sesuatu yang dimurkai oleh Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أرضى السلطان با يسخط الله فقد خرج من دين الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang reda dengan sultan pada sesuatu yang dimurkai oleh Allah maka dia telah keluar dari agama Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 769, hadis nombor 3927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعاً: «من أرضى السلطان با يسخط الله فقد خرج من دين الله». [أبو نعيم في «الأخبار»، ك، الضياء في «المنتقى من مسموعاته بمرو»، «الضعيفة» (837)].

(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’: “Sesiapa yang reda dengan sultan pada sesuatu yang dimurkai oleh Allah maka dia telah keluar dari agama Allah.” [Riwayat Abu Nuaim dalam al-Akhbar, Mustadrak al-Hakim, al-Dhiya’ dalam al-Muntaqa min Masmuatihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 837]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs