Tidak ada seorang hamba pun yang berzina lalu dia ketagih melakukannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما زنى عبد قط فأدمن على الزنا إلا ابتلي في أهل بيته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada seorang hamba pun yang berzina lalu dia ketagih melakukannya kecuali Allah akan mengujinya dengan berlakunya zina dalam kalangan ahli keluarganya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 769, hadis nombor 3926. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها – مرفوعاً: «ما زنى عبد قط فأدمن على الزنا إلا ابتلي في أهل بيته». [عد، أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (723)].

(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: “Tidak ada seorang hamba pun yang berzina lalu dia ketagih melakukannya kecuali Allah akan mengujinya dengan berlakunya zina dalam kalangan ahli keluarganya.” [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Abu Nuaim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 723]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.