Sesiapa yang pergi menunaikan haji kerana Allah, Allah akan mengampunkan dosanya

TEKS BAHASA ARAB

من خرج حاجا يريد وجه الله، فقد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، وشفع فيمن دعا له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang pergi menunaikan haji kerana Allah, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang, dan Dia akan memberi syafaat kepada orang yang dia doakan untuknya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2060, hadis nombor 10348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه-، قال: سمعت النبي ﷺ يقول: من خرج حاجا يريد وجه الله، فقد غفر الله له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، وشفع فيمن دعا له.
[حل، ((الضعيفة)) (6395)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang pergi menunaikan haji kerana Allah, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang, dan Dia akan memberi syafaat kepada orang yang dia doakan untuknya.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6395]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs