Sesiapa yang pergi menunaikan haji atau umrah, dia akan memperoleh sejuta pahala

TEKS BAHASA ARAB

من خرج حاجا أو معتمرا، فله بكل خطوة حتى يؤوب إلى رحله ألف ألف حسنة، ويمحى عنه ألف ألف سيئة، وترفع له ألف ألف درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang pergi menunaikan haji atau umrah, dia akan memperoleh sejuta pahala, dihapuskan sejuta dosa, dan dia akan diangkat sejuta darjat bagi setiap langkahnya sehingga dia kembali ke tunggangannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2060, hadis nombor 10347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة وابن عباس -رضي الله عنهما-، قالا: قال رسول الله ﷺ: من خرج حاجا أو معتمرا، فله بكل خطوة حتى يؤوب إلى رحله ألف ألف حسنة، ويمحى عنه ألف ألف سيئة، وترفع له ألف ألف درجة.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6396)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah dan Ibn ‘Abbas RA, mereka berdua berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang pergi menunaikan haji atau umrah, dia akan memperoleh sejuta pahala, dihapuskan sejuta dosa, dan dia akan diangkat sejuta darjat bagi setiap langkahnya sehingga dia kembali ke tunggangannya.
[Riwayat Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6396]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs