TEKS BAHASA ARAB
من شرب مسكرا فلم يسكر لم تقبل له صلاة جمعة. فإن مات فيها مات ميتة جاهلية وإن هو شرب مسكرا فسكر لم تقبل له صلاة أربعين يوما. فإن مات فيها، مات ميتة جاهلية. ثم إن تاب تاب الله عليه فإن عاد الثانية فمثل ذلك. فإن عاد الثالثة فمثل ذلك فإن عاد الرابعة كان حقا على الله أن يسقيه من طينة الخبال. قالوا: يا رسول الله وما طينة الخبال؟ قال: صديد أهل النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang meminum minuman memabukkan, namun dia tidak mabuk, tidak akan diterima solat Jumaatnya. Jika dia mati pada hari itu, matinya adalah mati jahiliyyah. Jika dia minum minuman memabukkan, lalu dia mabuk, tidak akan diterima solatnya selama 10 hari. Jika dia mati pada hari tersebut, matinya adalah mati jahiliyyah. Kemudian, jika dia bertaubat, maka Allah akan menerima taubatnya. Jika dia mengulanginya kali kedua, maka sama seperti tadi. Jika dia mengulangi kali ketiga, maka sama seperti tadi. Jika dia mengulanginya kali keempat, maka Allah berhak memberinya minum Tinah al-Khabal. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu Tinah al-Khabal? Baginda menjawab: Nanah ahli neraka.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 22, hadis nombor 131. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
منكر بهذا السياق.
أخرجه ابن حبان في المجروحين (1/ 166- 167) قال: أخبرناه عبد الله بن قحطبة ثنا العباس بن عبد العظيم العنبري، ثنا عبد الصمد بن عبد الوارث، عن أيوب بن محمد العجلي أنه حدثهم ثنا شداد بن أبي شداد عن عطاء، عن ابن عباس مرفوعاً فذكره. قال ابن حبان: وهذا حديث له أصل، إلا أن راويه أتى فيه بما ليس فيه.
قلت: وعلته: أيوب بن محمد العجلي. ضعفه ابن معين.وقال أبو زرعة: منكر الحديث وجهله الدارقطني. وقال ابن حبان: كان قليل الحديث، ولكنه خالف الناس في كل ما روى، فلا أدري، أكان يعتمد، أو يقلب وهو لا يعلم.
وللحديث طريق آخر عن ابن عباس مرفوعاً: كل مخمر خمر، وكل مسكر حرام، ومن شرب مسكراً بخست صلاته أربعين صباحاً، فإن تاب تاب الله عليه. فإن عاد الرابعة كان حقاً على الله أن يسقيه من طينة الخبال. قيل: وما طينة الخبال يا رسول الله؟ قال: صديد أهل النار ومن سقاه صغيراً لا يعرف حلاله من حرامه، كان حقاً على الله أن يسقيه من طينة الخبال.
أخرجه أبو داود (3680) من طريق إبراهيم بن عمر الصنعاني، قال: سمعت النعمان بن بشير، يقول: عن طاووس، عن ابن عباس مرفوعاً.. فذكره. قال ابن كثير في تفسيره (3/ 179) : تفرد به أبو داود.
قلت: وسنده ضعيف.
وإبراهيم بن بشير، كذا وقع نسبة نسخة السنن المطبوعة، وهو خطأ، والصواب أنه: النعمان بن أبي شيبة الجندي وهو ثقة. وآخر الحديث فيه نكارة، ولم أجد له شاهداً خلاف بقية الحديث كما يأتي ذكره إن شاء الله، وكأنه لذلك قال أبو زرعة: هذا حديث منكراً. نقله عنه ابن أبي حاتم في العلل (2/ 36/ 1587) . وإلا فقد ثبت الحديث، عن عبد الله بن همر مرفوعاً: من شرب الخمر لم تقبل له صلاة أربعين ليلة، فإن تاب، تاب الله عليه، فإن عاد لم تقبل له صلاة أربعين ليلة، فإن تاب تاب الله عليه، فإن عاد الرابعة، لم تقبل له صلاة أربعين ليلة، فإن تاب لم يتب الله عليه، وكان حقاً على الله أن يسقيه من طينة الخبال . قالوا: يا أبا عبد الرحمن. وما طينة الخبال؟ قال: صديد أهل النار.
أخرجه الترمذي (1862) وعنه ابن الجوزي في الواهيات (2/ 669- 670) ، من طريق جرير بن عبد الحميد، عن عطاء بن السائب، عن عبد الله بن عبيد بن عمير، عن أبيه، عن ابن عمر به. قال الترمذي: هذا حديث حسن.
Munkar dengan lafaz ini. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam al-Majruhin (1/166-167), katanya Abd Allah bin Quhtubah telah menceritakan kepada kami, katanya al-‘Abbas bin ‘Abd al-‘Azim al-‘Anbari telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Abd al-Samad bin ‘Abd al-Warith telah menceritakan kepada kami daripada Ayyub bin Muhammad al-‘Ijli bahawa beliau telah menceritakan kepada mereka, katanya Shaddad bin Abi Shaddad telah menceritakan kepada kami daripada ‘Ata’ daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Ibn Hibban berkata: "Hadith ini tidak ada asal, melainkan perawinya membawakan dalam hadith ini sesuatu yang tidak ada didalamnya".
Saya berkata: Kecacatannya adalah Ayyub bin Muhammad al-‘Ijli, beliau dinilai dha’if oleh Ibn Ma’in.
Abu Zur’ah berkata: "Munkar al-Hadith", al-Daraqutni tidak mengenali beliau. Ibn Hibban berkata: "Beliau sedikit hadithnya, namun beliau meriwayatkan menyelisihi perawi-perawi lain dalam setiap yang beliau riwayatkan. Saya tidak tahu samada beliau sengaja atau tertukar dalam keadaan beliau tidak sedar". Hadith tersebut ada satu lagi sanad lain daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’: "Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang minum minuman memabukkan maka rosaklah solatnya 40 puluh pagi. Jika dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Jika dia mengulanginya sebanyak 4 kali, maka Allah berhak untuk memberinya minum daripada Tinah al-Khabal". Dikatakan: "Apakah Tinah al-Khabal, wahai Rasulullah". Sabda Baginda SAW: "Nanah ahli neraka. Dan sesiapa yang meminumnya ketika kecil dalam keadaan dia tidak tahu halal dan haram, maka Allah berhak memberinya minum daripada Tinah al-Khabal".
Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (3680) melalui sanad Ibrahim bin ‘Umar al-San’ani, katanya aku pernah mendengar al-Nu’man bin Bashir berkata daripada ‘Ata’ daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Ibn Kathir berkata dalam Tafsir beliau (3/179): "Abu Daud bersendirian meriwayatkannya".
Saya berkata: Sanadnya dha’if. Ibrahim bin Bashir, begitulah yang tertulis dalam naskhah al-Sunan yang bercetak, ianya satu kesilapan. Sebetulnya adalah al-Nu’man bin Abi Shaybah al-Jundi. Beliau seorang yang thiqah. Bahagian akhir hadith tersebut ada suatu yang munkar. Saya tidak menemui riwayat sokongan, berbeza dengan bahagian lain hadith tersebut sebagaimana akan disebutkan, insya Allah. Sepertinya, sebab itulah Abu Zur’ah berkata: "Ini hadith munkar". Dinukilkan oleh Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal (2/36/1587). Jika tidak, maka hadith tersebut thabi daripada Abd Allah bin ‘Umar secara marfu’: "Sesiapa yang meminum arak, tidak akan diterima solatnya 40 malam. Jika dia bertaubat, Allah menerima taubatnya. Jika dia mengulanginya, tidak akan diterima solatnya 40 malam. Jika dia bertaubat, Allah menerima taubatnya. Jika dia mengulangi kali keempat, tidak akan diterima solatnya 40 malam. Jika dia bertaubat, maka Allah tidak akan meneriman taubatnya. Allah berhak memberinya minum Tinah al-Khabal". Mereka bertanya: "Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Apakah itu Tinah al-Khabal?". Beliau menjawab: "Nanah ahli neraka".
Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Tirmizi (1862), juga oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (2/669-670) melalui al-Tirmizi, daripada sanad Jarir bin ‘Abd al-Hamid daripada ‘Ata’ bin al-Sa’ib daripada Abd Allah bin ‘Ubaid bin ‘Umair daripada ayahnya daripada Ibn ‘Umar hadith tersebut. Al-Tirmizi berkata: "Ini adalah hadith hasan".
RUJUKAN
Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.