TEKS BAHASA ARAB
حديث: المتعبّد بغير فقه كالحمار في الطّاحونة. ما اتّخذ اللّه من وليّ جاهل ولو اتّخذه لعلّمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Hamba yang beribadah tanpa kefahaman seperti keldai di kincir angin. Allah SWT tidak mengambil wali daripada manusia yang jahil.Jika dia diambil sebagai wali, maka Allah akan mengajarkannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 290, hadis nombor 68. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: ليس بثابت.
Ibn Hajar berkata: hadith ini tidak sahih.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.