Sesiapa yang berhaji di Baitullah dan tidak menziarahiku

TEKS BAHASA ARAB

من حج البيت ولم يزرني ‌فقد ‌جفاني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berhaji di Baitullah dan tidak menziarahiku, maka dia telah bersikap kasar terhadapku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727, hadis nombor 3709. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من حج البيت ولم يزرني ‌فقد ‌جفاني)) [ابن حبان في ((المجروحين))، عد، ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (45)]

(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berhaji di Baitullah dan tidak menziarahiku, maka dia telah bersikap kasar terhadapku.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’ dan Ibn al-Jauzi dalam al-Maudu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 45]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.