Sesiapa yang menunaikan solat (sunat) sebanyak enam rakaat selepas selesai menunaikan solat Maghrib dan dia tidak mengucapkan perkataan yang buruk

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى بعد المغرب ست ركعات لم يتكلم فيما بينهن بسوء؛ عدلن له بعبادة ثنتي عشرة سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menunaikan solat (sunat) sebanyak enam rakaat selepas selesai menunaikan solat Maghrib dan dia tidak mengucapkan perkataan yang buruk antara dua solat itu, pahala ibadahnya itu akan disamakan dengan pahala ibadah selama 12 tahun.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 346, hadis nombor 1823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من صلى بعد المغرب ست ركعات لم يتكلم فيما بينهن بسوء؛ عدلن له بعبادة ثنتي عشرة سنة)).
[ت، ه، ابن نصر، ابن شاهين، المخلص في ((الفوائد المنتقاة))، العسكري في ((مسند أبي هريرة))، ابن سمعون الواعظ في ((الأمالي))، ((الضعيفة)) (469)]

(Sangat Lemah) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menunaikan solat (sunat) sebanyak enam rakaat selepas selesai menunaikan solat Maghrib dan dia tidak mengucapkan perkataan yang buruk antara dua solat itu, pahala ibadahnya itu akan disamakan dengan pahala ibadah selama 12 tahun.
[Riwayat al-Tirmidhī dan Ibn Mājah dalam Sunan mereka, Ibn Naṣr dalam kitab Ta’ẓīm Qadr al-Ṣalāh, Ibn Syāhīn dalam kitab al-Targhīb wa al-Tarhīb, al-Mukhallis dalam kitab al-Fawā‘id al-Muntaqāh, al-’Askarī dalam Musnad Abu Hurairah, Ibn Sam’un al-Wā‘iẓ dalam kitab al-Amālī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 469]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.