TEKS BAHASA ARAB
من صلى بين المغرب والعشاء عشرين ركعة؛ بنى الله له بيتا في الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang menunaikan solat (sunat) 20 rakaat antara Maghrib dan Isyak, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis nombor 1824. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((من صلى بين المغرب والعشاء عشرين ركعة؛ بنى الله له بيتا في الجنة)).
[هــ، ابن شاهين، ((الضعيفة)) (467)]
(Palsu) Daripada ‘Ā`ishah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menunaikan solat (sunat) 20 rakaat antara Maghrib dan Isyak, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.
[Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya, Ibn Syāhīn dalam kitab al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 467]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.