Sesiapa yang menulis daripadaku ilmu atau hadith,maka pahalanya berterusan selagi mana tulisannya kekal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من كتب عني علما، أو حديثا، لم يزل يكتب له الأجر ما بقي ذلك العلم أو الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menulis daripadaku satu ilmu atau hadith, akan ditulis baginya pahala selagi mana tulisan tersebut kekal.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 272, hadis nombor 2. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحاكم، عن أبي بكر الصديق رضوان الله عليه، مرفوعًا. ورواه ابن عدي عن القاسم بن محمد مرفوعًا مرسلًا. بلفظ: من كتب عني علمًا فكتب معه صلاة على لم يزل في أجر ما قرئ ذلك الكتاب أو عمل بذلك العلم. وفي إسناده أبو داود النخعي كذاب، ورواه بنحوه الطبراني في الأوسط عن أبي هريرة مرفوعًا. وَفِي إِسْنَادِهِ: إِسْحَاقُ بْنُ وَهْبٍ العلاف. قيل: كذاب، وتعقبه في اللآلىء. فقال: ليس بكذاب ولا ضعيف. وفي إسناده أيضًا: بشر ابن عبيد الفارسي. وقد أورده الذهبي في ترجمته وقال: الحديث موضوع. وبشر كذبه الأزدي. وقال في اللِّسَانِ: ذَكَرَهُ ابْنُ حِبَّانَ فِي الثقات.

Al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Bakar al-Siddiq, semoga Allah meredhainya, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Ibn Adi meriwayatkan daripada Qasim bin Muhammad secara marfu, sedangkan terputus sanadnya dengan lafaz, ‘sesiapa yang menulis dariku satu ilmu, juga menulis baginya hadith, berterusanlah pahalanya apa yang dibaca dari kitab itu atau beramal dengan ilmu itu’.Dalam sanadnya ada perawi bernama Abu Daud al-Nakhaie seorang pendusta, at-Tabarani juga meriwayatkan seperti lafaznya di dalam al-Ausath daripada Abu Hurairah, semoga Allah meredhainya. Pada sanadnya ada perawi bernama Ishaq bin Wahb al-‘Alaf dikatakan dia seorang pendusta, al-Suyuthi mengomentar bahawa dia bukan pendusta atau dhaif. Pada sanadnya juga ada perawi bernama "Bisyr Ibn Ubaid al-Farisi". Az-Zahabi meriwayatkan di dalam kitab terjemahnya berkata: "Hadith ini palsu.Al-Azdi menyatakan Bisy pendusta". Ibn Hajar berkata dalam al-Lisan, "Ibn Hibban menyebut namanya di dalam kitab al-Thiqah".

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.