Sesiapa yang menuntut ilmu kerana Allah, dia tidak akan mendapat satu bab melainkan menambahkan kerendahan hati

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من طلب العلم لله، لم يصب منه بابا إلا ازداد به في نفسه ذلا، وفي الناس تواضعا، ولله خرفا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Sesiapa yang menuntut ilmu kerana Allah, dia tidak akan mendapat daripadanya satu bab melainkan ia akan menambah kerendahan hati pada dirinya, dalam kalangan manusia menjadi tawaduk dan Allah SWT akan memberikannya kurniaan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 273, hadis nombor 5. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن مروديه عن رضي الله عنه مرفوعا. وفي إسناده: وضاع.

Ibn Marduyah meriwayatkan daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) sedangkan pada sanadnya ada pereka hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs