Sesiapa yang menulis Bismillahirrahmannirrahim

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من كتب: بسم الله الرحمن الرحيم، لم يعم الهاء التي في الله، إلا كتب الله له ألف ألف حسنة، ومحا عنه ألف ألف سيئة، ورفع له ألف ألف درجة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang menulis Bismillahirrahmannirrahim dan tidak menyamarkan huruf ha pada kalimah Allah, maka Allah akan mencatatkan baginya sejuta kebaikan dan dihapuskan daripadanya sejuta keburukan dan diangkat darjatnya sejuta darjat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 198, hadis nombor 617. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع. قال ابن قيم الجوزية: رواه عباس بن الضحاك البلخي، كذاب أشر، عن [عبد الله بن] عمر بن الرماح: مجهول لا يعرف، عن أبي معاوية عن الأعمش، عن أبي صالح، عن أبي هريرة مرفوعا.

Palsu. Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Diriwayatkan oleh Abbas bin al-Dahhak al-Balkhi, kakis dusta yang jahat, daripada Abdullah bin Umar bin al-Rammah, perawi majhul yang tidak dikenali, daripada Abu Muawiyah, daripada al-A’masy daripada Abu Saleh daripada Abu Hurairah secara marfu’.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs