Sesiapa yang meninggalkan solat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قطع صلاة الضحى أحيانا يعمى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang meninggalkan solat duha kadangkala dia akan buta.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 198, hadis nombor 616. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الزين العراقي: إنه اشتهر بين العوام، وليس لما قالوه أصل، بل الظاهر أنه مما ألقاه الشيطان على ألسنتهم ليحرمهم الخير الكثير.

Zain al-Iraqi berkata: Hadith ini masyhur dalam kalangan awam. Apa yang mereka sebutkan ini tiada asalnya. Bahkan yang zahirnya adalah apa yang syaitan lemparkan pada lisan mereka untuk menghalangi kebaikan yang banyak.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.