TEKS BAHASA ARAB
من ترك الصلاة فقد كفر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya dia telah menjadi kafir.
STATUS
Hasan
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في المقاصد «من ترك الصلاة فقد كفر» لجماعة، وهو مؤول.
Dalam kitab al-Maqasid menyebut:
مَنْ تَرَكَ الصَّلاةَ فَقَدْ كَفَرَ
“Sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya dia telah menjadi kafir.”
Hadith ini diriwayatkan oleh kebanyakan ulama. Ia ditakwilkan daripada maknanya yang sebenar.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.