Melihat kepada Ali adalah ibadah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

النظر إلى علي عبادة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Melihat kepada Ali adalah ibadah.

STATUS

Mutawatir

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 97. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«النّظر إِلَى عَليّ عبَادَة» أوردهُ من حَدِيث أبي بكر وَعُثْمَان وَابْن مَسْعُود وَابْن عَبَّاس ومعاذ وَجَابِر وَأنس وَأبي هُرَيْرَة وثوبان وَعمْرَان وَعَائِشَة ووهاها كلهَا قلت الْمَتْرُوك وَالْمُنكر إِذا تعدّدت طرقه ارْتقى إِلَى دَرَجَة الضعْف الْقَرِيب بل رُبمَا ارْتقى إِلَى الْحسن وَهَذَا ورد من رِوَايَة أحد عشر صحابيا بعدة طرق وَتلك طرق عدَّة التَّوَاتُر فِي رَأْيِي.

Maksudnya: “Melihat kepada Ali adalah ibadah.” ia diriwayatkan daripada hadith Abu Bakar, Uthman, Ibn Mas’ud,Ibn ‘Abbas, Mu’az, Jabir,Anas, Abu Hurairah, Thauban, Imran dan ‘Aisyah. Kesemua jalur tersebut dinilai sebagai terlalu lemah. Saya katakan: Hadith munkar dan matruk jika jalur periwayatannya banyak maka ia boleh naik ke darjat lemah. Bahkan berkemungkinan boleh naik ke darjat hasan. Dan hadith ini diriwayatkan daripada sebelas orang para sahabat dengan pelbagai jalur periwatan. ia boleh dikatakan sebagai mutawatir dari sudut pandangan saya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.