Sesiapa yang menggantung pelita di masjid

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من علق في مسجد قنديلا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى ينطفىء ذلك القنديل ومن بسط فيه حصيرا صلى عليه سبعون ألف ملك حتى ينقطع ذلك الحصير".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sesiapa yang menggantung pelita di masjid, 70000 malaikat akan mendoakannya sehingga terpadamnya pelita tersebut. Dan sesiapa yang menghamparkan tikar di masjid, 70000 malaikat akan mendoakannya sehingga rosaknya tikar tersebut”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 26, hadis nombor 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في إسناده عمر بن صبح كذاب.

Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Umar bin Subh dan dia merupakan seorang pendusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs