Ketika Nabi SAW hendak membina masjid Nabi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لما أراد النبي صلى الله عليه وآله وسلم أن يبني مسجد المدينة أتاه جبريل عليه السلام فقال: ابنه سبعة أذرع طولا في السماء لا مزخرفة ولا منقشة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika Nabi SAW hendak membina masjid Nabi, datanglah kepada baginda Jibril AS dan berkata: “Binalah ia dengan tujuh hasta tinggi ke langit tanpa perhiasan dan tanpa ukiran”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 25, hadis nombor 37. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


قال الفيروزبادي في المختصر: لم يوجد.

Berkata al-Firuzabadi di dalam kitabnya al-Mukhtasar: Tidak ada hadith seperti ini.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon