Sesiapa yang menanam sebatang pokok lalu dia sabar menjaganya

TEKS BAHASA ARAB

من نصب شجرة، فصبر على حفظها، والقيام عليها حتى تثمر؛ كان له في كل شيء يصاب من ثمرتها صدقة عند الله -عز وجل-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menanam sebatang pokok lalu dia sabar menjaganya dan memeliharanya sehingga ia berbuah maka setiap yang diambil daripada buah tanamannya itu akan dikira sebagai sedekah disisi Allah ‘azza wa jalla.

STATUS

Munkar dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 442, hadis nombor 2369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن فنج، قال: كنت أعمل في (الدينباذ)، وأعالج فيه، فقدم يعلى بن أمية أميراً على اليمن، وجاء معه رجال من أصحاب النبي ﷺ، فجاءني رجل ممن قدم معه وأنا في الزرع أصرف الماء في الزرع، ومعه في كمه جوز، فجلس على ساقية من الماء وهو يكسر من ذلك الجوز ويأكله، ثم أشار إلى (فنج) فقال: يا فارسي! هلم، فدنوت منه، فقال الرجل لـ(فنج): أتضمن لي غرساً من هذا الجوز على هذا الماء؟ فقال له (فنج): ما ينفعني ذلك؟ قال: فقال الرجل: سمعت رسول الله ﷺ يقول -بأذني هاتين -: ((من نصب شجرة، فصبر على حفظها، والقيام عليها حتى تثمر؛ كان له في كل شيء يصاب من ثمرتها صدقة عند الله -عز وجل-)). [حم، ((الضعيفة)) (6882)].

(Munkar dengan lafaz ini)
Daripada Fannaj, beliau berkata: Aku pernah berkerja menguruskan Dainabadz (nama pokok yang banyak bijinya) dan aku menjaganya. Lalu Ya’la bin Umayyah, gabenor Yaman datang (ke tempat aku). Datang sekali bersamanya beberapa orang sahabat Nabi SAW. Seorang daripada mereka yang tiba bersama Ya’la datang kepadaku ketika aku sedang berada di kebun melepaskan air (siraman) untuk tanaman. Di lengan bajunya ada beberapa biji (buah) walnut. Beliau lalu duduk di tempat laluan sambil memecahkan biji tersebut dan memakannya. Kemudian dia menunjuk ke arah Fannaj dan berkata: Wahai orang Parsi! Datanglah ke mari. Aku mendekatinya. Lalu lelaki itu berkata kepada Fannaj: Bolehkah engkau mengambil tanggungjawab (memberikan jaminan) untukku dengan menanam biji ini (menggunakan) air ini? Fannaj pun berkata kepadanya: Apakah manfaat yang aku dapati (dengan) melakukan itu? Jawab lelaki itu: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda -dengan dua telingaku-: "Sesiapa yang menanam sebatang pokok lalu dia sabar menjaganya dan memeliharanya sehingga ia berbuah maka setiap yang diambil daripada buah tanamannya itu akan dikira sebagai sedekah disisi Allah ‘azza wa jalla."
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6882].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs