Rasulullah SAW tiba di kawasan (perkampungan) Bani Amru bin Auf pada hari Rabu, lalu baginda terlihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum itu

TEKS BAHASA ARAB

يا معشر الأنصار! كنتُم في الجاهلية -إذ لا تعبدون الله- تحملون الكل، وتفعلون في أموالكم المعروف، وتفعلون إلى ابن السبيل، حتى إذا من الله عليكم بالإسلام، ومن عليكم بنبيه؛ إذا أنتم تحصنون أموالكم! وفيما يأكل ابن آدم أجر، ويأكل السبع أو الطير أجر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai orang-orang Ansar! Kalian ketika Jahiliyyah, semasa itu kalian tidak menyembah Allah, kalian sering menolong orang susah, kalian berbuat baik dengan harta benda kalian dan kalian berbuat baik dengan harta benda kalian kepada (untuk manfaat) para musafir. Namun ketika Allah menganugerahkan kepada kalian Islam dan juga diberikan anugerah dengan Nabi-Nya, maka pada ketika itu kalian mulai memagar harta benda milik kalian! Apa yang dimakan seorang anak Adam itu ada pahalanya. Apa yang dimakan binatang liar dan burung juga ada pahalanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 442, hadis nombor 2368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما-، قال: أتى رسول الله ﷺ بني عمرو بن عوف يوم الأربعاء، فرأى شيئاً لم يكن رآها قبل ذلك من حصنة على النخيل، فقال: ((لو أنكم إذا جئتم عيدكم هذا؛ مكثتم حتى تسمعوا من قولي)). قالوا: نعم بآبائنا أنت يا رسول الله وأمهاتنا. فلما حضروا الجمعة؛ صلى بهم رسول الله ﷺ الجمعة، ثم صلى ركعتين في المسجد، وكان ينصرف إلى بيته قبل ذلك اليوم. ثم استوى، فاستقبل الناس بوجهه، فتبعت له الانصار، أو من كان منهم، حتى وفى بهم إليه فقال: ((يا معشر الأنصار! كنتُم في الجاهلية -إذ لا تعبدون الله – تحملون الكل، وتفعلون في أموالكم المعروف، وتفعلون إلى ابن السبيل، حتى إذا من الله عليكم بالإسلام، ومن عليكم بنبيه؛ إذا أنتم تحصنون أموالكم! وفيما يأكل ابن آدم أجر، ويأكل السبع أو الطير أجر)). فرجع القوم فما منهم أحد إلا هدم من حديقته ثلاثين باباً. [ك، ((الضعيفة)) (6934)].

(Munkar)
Daripada Jabir bin Abdillah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW tiba di kawasan (perkampungan) Bani Amru bin Auf pada hari Rabu, lalu baginda terlihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum itu, iaitu pagar yang mengelilingi pokok kurma. Lalu baginda berkata: (Alangkah baiknya) jika kalian apabila datangnya hari raya kalian ini, kalian dapat duduk sekejap agar kalian dapat mendengar kata-kata (ingatan) dariku. Mereka berkata: Apa saja untukmu walau bapa-bapa kami menjadi galang ganti, baiklah wahai Rasulullah. Apabila mereka menghadiri solat Jumaat, Rasulullah pun mengimamkan solat Jumaat bersama mereka. Kemudian baginda solat dua rakaat di masjid yang mana sebelum hari itu baginda kembali ke rumah (untuk solat). Kemudian baginda berdiri tegak menghadapkan muka baginda ke arah orang ramai. Orang-orang Ansar terus memerhatikan baginda. Atau siapa yang berada di situ di kalangan Ansar; sehinggalah baginda mendapati semua orang sudah fokus kepada baginda. Lalu baginda bersabda: “Wahai orang-orang Ansar! Kalian ketika Jahiliyyah, semasa itu kalian tidak menyembah Allah, kalian sering menolong orang susah, kalian berbuat baik dengan harta benda kalian dan kalian berbuat baik dengan harta benda kalian kepada (untuk manfaat) para musafir. Namun ketika Allah menganugerahkan kepada kalian Islam dan juga diberikan anugerah dengan Nabi-Nya, maka pada ketika itu kalian mulai memagar harta benda milik kalian! Apa yang dimakan seorang anak Adam itu ada pahalanya. Apa yang dimakan binatang liar dan burung juga ada pahalanya.” (Selepas itu) orang ramai pulang dan tidak ada seorang pun melainkan semuanya sudah memecahkan 30 pintu yang ada pada kebunnya.
[Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6934].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs