Sesiapa yang menakut-nakutkan seorang mukmin

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أخاف مؤمنا؛ كان حقا على الله أن لا يؤمنه من أفزاع يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menakut-nakutkan seorang mukmin, maka menjadi hak ke atas Allah untuk tidak memberi keamanan kepadanya daripada segala ketakutan pada hari kiamat kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 211, hadis nombor 1117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من أخاف مؤمنا؛ كان حقا على الله أن لا يؤمنه من أفزاع يوم القيامة)). [طس، ((الضعيفة)) (4539)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menakut-nakutkan seorang mukmin, maka menjadi hak ke atas Allah untuk tidak memberi keamanan kepadanya daripada segala ketakutan pada hari kiamat kelak.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam Al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4539]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.