Sesiapa yang didatangkan kepadanya hadiah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أتته هدية وعنده قوم جلوس؛ فهم شركاؤه فيها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang didatangkan kepadanya hadiah, dan di sisinya ada beberapa orang yang sedang duduk, maka mereka itu turut berkongsi pada hadiah tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 211, hadis nombor 1116. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الحسن بن علي – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من أتته هدية وعنده قوم جلوس؛ فهم شركاؤه فيها)). [طب، ((الضعيفة)) (4532)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan bin Ali RA beliau berkata: Sesiapa yang didatangkan kepadanya hadiah, dan di sisinya ada beberapa orang yang sedang duduk, maka mereka itu turut berkongsi pada hadiah tersebut.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4532]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.