Sesiapa yang mempelajari satu masalah fekah maka baginya sekian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من تعلم مسألة من الفقه فله كذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempelajari satu masalah fekah maka baginya sekian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 238, hadis nombor 439. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

الصَّغَانِيُّ: وَمِنْهَا: كِتَابُ فَضْلِ الْعُلَمَاءِ، لِلْمُحَدِّثِ شَرَفِ الدِّينِ الْبَلْخِيِّ. وَأَوَّلُهُ: مَنْ تَعَلَّمَ مَسْأَلَةً من الْفِقْه فَلهُ كَذَا.

ِAl-Saghani berkata, dan daripadanya (kitab hadis palsu) Kitab Fadhl al-Ulama, karya seorang ulama hadis Syaraf al-Din al-Balkhi dan hadis awalnya: “Sesiapa yang mempelajari satu masalah fekah maka baginya sekian”.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.