TEKS BAHASA ARAB
ابنه سبعة أذرع طولا في السماء، غير مزخرفة ولا منقشة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Binalah ia tujuh kaki tinggi ke langit tanpa hiasan dan tanpa ukiran.
STATUS
Tiada Asal
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 258, hadis nombor 459. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وفي الذيل أيضا: أنه صلى الله عليه وسلم لما أراد أن يبني مسجد المدينة أتاه جبريل عليه السلام فقال: ابنه سبعة أذرع طولا في السماء غير مزخرفة ولا منقشة. لم يوجد.
Dan dalam Kitab al-Zayl juga: Bahawa tatkala baginda SAW ingin membina Masjid Madinah, Jibril AS datang kepada baginda lalu berkata: Binalah ia tujuh kaki tinggi ke langit tanpa hiasan dan tanpa ukiran. Tidak ada (asalnya).
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.