Sesiapa yang memberikan pendapat tentang al-Qur'an dengan akal fikirannya atau tanpa ilmu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال في القرآن برأيه أو بما لا يعلم فليتبوأ مقعده من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberikan pendapat tentang al-Qur’an dengan akal fikirannya atau tanpa ilmu, maka sediakanlah tempat duduknya dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 7, hadis nombor 109. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود كما في أطراف المزي (4/ 423) لا يوجد هذا الحديث في نسخ السنن التي بأيدينا لأنها من رواية اللؤلؤي وأما هذا الحديث فوقع في رواية ابن العبد، كما قال الحافظ العراقي في تخريج الأحياء. وابن العبد هو علي بن الحسن بن العبد الأنصاري، أحد رواة السنن عن أبي داود. والله الموفق. والنسائي في فضائل القرآن (109/ 110) والترمذي (2951) وأحمد في المسند (2069، 2429، 2976، 3025) والطبري في تفسيره (73/ 74/ 75/ 76/ 77)) والطحاوي في المشكل (1/ 167- 168) والطبراني في الكبير (ج 11/ رقم 12392) وابن الأنباري في المصاحف والبيهقى في الشعب والخطيب في الفقه والمتفقه (1/ 57) والبغوي في شرح السنة (1/257، 258) وفي تفسيره (1/34- 35) من طرق عبد الأعلى بن عامر الثعلبي عن سعيد بن جبير عن ابن عباس مرفوعاً. فذكره. قال الترمذي: هذا حديث حسن. قلت: وسنده ضعيف فإن مداره على عبد الأعلى بن عامر الثعلبي، وقد ضعفه أحمد وأبو زرعة وابن سعد وقال أبو حاتم وابن معين والنسائي والدارقطني: ليس بالقوي. قال الحافظ في التهذيب : وصحح له الحاكم وهو من تساهله.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud sebagaimana dalam ATraf al-Mizzi (4/423). Hadith ini tidak ada dalam naskhah Sunan Abi Daud yang berada bersama kita kerana ianya melalui riwayat al-Lu’lui. Adapun hadith ini, ianya berada pada riwayat Ibn al-‘Abd, sebagaimana disebutkan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi dalam Takhrij al-Ihya’. Ibn al-‘Abd bernama ‘Ali bin al-Hasan bin al-‘Abd al-Ansari, salah seorang perawi Sunan daripada Abu Daud. Allah Maha Pemberi petunjuk. al-Nasa’ei dalam Fadhail al-Qur’an (109/110), al-Tirmizi (2951), Ahmad dalam al-Musnad (2069, 2429, 2976, 3025), al-Tabari dalam Tafsir beliau (73/74/76/77), al-Tahawi dalam al-Mushkil (1/167-168), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 11/hadith : 12392), Ibn al-Anbari dalam al-Masahif, al-Baihaqi dalam al-Shu’ab, al-Khatib dalam al-Faqih Wa al-Mutafaqqih (1/57), al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (1/257, 258) dan dalam Tafsir beliau (1/34-35) melalui sanad ‘Abd al-A’la bin ‘Amir al-Tha’labi daripada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’, lalu beliau pun menyebutkannya. Al-Tirmizi mengulas : "Ini hadith hasan".
Saya berkata: Sanadnya dha’if kerana berkisar kepada ‘Abd al-A’la bin ‘Amir al-Tha’labi. Beliau telah dinilai dha’if oleh Ahmad, Abu Zur’ah, Ibn Sa’d, Abu Hatim, Ibn Ma’in, dan al-Nasa’ie. Al-Daraqutni berkata: "Beliau tidak kuat". Al-Hafiz dalam al-Tahzib berkata: "Al-Hakim telah menilai sahih hadith ini. Ini termasuk dalam sikap bermudah-mudah beliau dalam menilai".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.