Sesiapa yang memberikan jawatan kepada seseorang kerana hubungan

TEKS BAHASA ARAB

من استعمل رجلا من عصابة وفيهم من هو أرضى لله منه فقد خان الله ورسوله والمؤمنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberikan jawatan kepada seseorang kerana hubungan sedangkan dalam kalangan mereka masih ada yang lebih diredhai oleh Allah berbandingnya, maka dia telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang beriman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 102, hadis nombor 81. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه العقيلي في الضعفاء (ق 47/ 2) وابن عدي في الكامل (763/ 2) والحاكم (4/ 92- 93) من طريق حسين بن قيس عن عكرمة عن ابن عباس مرفوعاً به. قال الحاكم: صحيح الإسناد. وسكت عنه الذهبي.
قلت: وليس كما قال، فإن حسين بن تركه أحمد والنسائي، والدارقطني. وضعفه ابن معين وقال البخاري: لا يكتب حديثه. وقال الجوزجاني: أحاديثه منكرة جداً. فكيف يكون الإسناد صحيحاً؟ ثمَّ رأيت الذهبي تعقبه؛ قالَ الزيلعي في نصب الراية (4/ 62) بعد أن حكى تصحيح الحاكم: وتعقبه شيخنا شمس الدين الذهبي في مختصره وقال: حسين بن قيس ضعيف أ. هـ‍. فهذا يبين أن تعليقه سقط من نسخة المستدرك المطبوعة، فيؤخذ من هنا. والحمد لله. ولكن حسيناً لم يتفرد بهِ، فقد تابعه اثنان ممن وقفت عليهما: الأول: يزيد بن أبي حبيب، عن عكرمة بهِ. أخرجه البيهقي (10/ 118) من طريق ابن لهيعة ثنا يزيد بهِ. قلْتُ:: وابن لهيعة سيئ الحفظ والراوي عنهُ عثمان بن صالح سمع منه بعد احتراق كتبه.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa’ (hlm. 47/ 2), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (2/763) dan al-Hakim (4/92-93) melalui sanad Husain bin Qais daripada ‘Ikrimah daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’ hadith tersebut. Al-Hakim berkata: "Sahih sanadnya", al-Zahabi berdiam diri terhadap penilaian al-Hakim.
Saya berkata: Tidak sebagaimana yang al-Hakim telah katakana. Ini kerana Husain bin Qais telah ditinggalkan riwayat beliau oleh Ahmad, al-Nasa’ei, dan al-Daraqutni. Ibn Ma’in pula menilainya sebagai dha’if. Al-Bukhari juga berkata: "Tidak boleh ditulis hadithnya". Al-Jawzajani berkata: "Hadith-hadith beliau sangat munkar". Lalu, bagaimana sanadnya boleh dinilai sahih? Kemudian, saya melihat al-Zahabi memberikan komentar terhadap al-Hakim. Al-Zaila’ei berkata dalam Nasb al-Rayah (4/62) setelah menukilkan penilaian sahih oleh al-Hakim: "Guru kami, Shamsuddin al-Zahabi telah memberikan komentar terhadap al-Hakim dalam Muskhtasar beliau, kata al-Zahabi: ‘Husain bin Qais seorang yang dha’if’". Ini menjelaskan bahawa komentar al-Zahabi telah tergugur daripada naskhah al-Mustadrak yang bercetak, lalu diambil dari sini. Alhamdulillah. Namun, Husain tidaklah bersendirian meriwayatkan hadith tersebut. Riwayat Husain telah disokong oleh dua perawi yang telah saya temui. Pertama: Yazid bin Abi Habib daripada ‘Ikrimah dengan sanad beliau. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Baihaqi (10/118) melalui sanad Ibn Lahi’ah, katanya Yazid telah menceritakan kepada kami dengan sanad beliau. Saya berkata: Ibn Lahi’ah seorang yang buruk hafalannya. Uthman Bin Saleh yang merupakan seorang yang meriwayatkan daripada beliau adalah orang yang meriwayatkan hadith selepas buku beliau terbakar.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs