Sesiapa yang memberi salam kepada satu kumpulan

TEKS BAHASA ARAB

من سلم على قوم فقد فضلهم بعشر حسنات وإن ردوا عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberi salam kepada satu kumpulan, maka dia telah melebihi mereka dengan sepuluh pahala kebaikan jika mereka membalas semula salamnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 247, hadis nombor 191. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه العقيلي (ق 218/ 2) وابن عدي في الكامل (6/ 2035، 2439) من طريق مرجى بن وادع عن طالب القطان قال: كنا في حلقة فجاء أعرابي فقال: حدثني أبي عن جدي فذكره مرفوعاً.
قلت: وهذا سند ضعيف؛ لجهالة الأعرابي وأبيه وجده. وقال ابن عدي: غالب بن خطاف الضعف على أحاديثه بين. فتعقبه الذهبي: لعل الذي ضعفه ابن عدي غالب آخر. وقول الذهبي متجه لا سيما وقد قال ابن معين: غالب بن خطاف ثقة.
أما ما رواه ابن عدي، عن عثمان الدارمي، عن ابن معين قال: لا أعرفه. فهو معارض برواية التوثيق. ولعل يحيى قال هذا القول قديماً ثم وقف على روايته فوثقه. والله أعلم. وأعل العقيلي الحديث بـ مرجى بن وداع وساق فيه تضعيف ابن معين. ولكن قال أبو حاتم: لا بأس به. ورضية غيره. فآفة الحديث هي الجهالة كما قدمت. والله أعلم.

Dha’if (lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili (hlm. 218/2) dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/2035, 2439) melalui sanad Murja bin Wadi’ daripada Talib al-Qattan. Beliau berkata : Sewaktu kami dalam satu majlis, seorang lelaki badwi datang dan berkata: "Ayahku telah menceritakan kepadaku daripada datukku…lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut secara marfu’.
Saya berkata: Sanad ini adalah lemah kerana lelaki badwi tersebut, ayahnya serta datuknya kesemuanya tidak dikenali. Ibn ‘Adi berkata: "Ghalib bin Khattaf, kelemahan pada hadith-hadith beliau adalah jelas". Al-Zahabi telah memberi komentar terhadap ucapan Ibn ‘Adi: "Boleh jadi perawi yang dinilai dha’if oleh Ibn ‘Adi adalah Ghalib lain". Kata-kata al-Zahabi itu ada benarnya, lebih-lebih lagi Ibn Ma’in berkata: "Ghalib bin Khattaf seorang yang Thiqah". Adapun apa yang Ibn ‘Adi riwayatkan daripada ‘Uthmani’Uthman al-Darimi daripada Ibn Ma’in, kata beliau: "Aku tidak mengenalinya". Ini bertentangan dengan riwayat yang Ibn Ma’in menilai sebagai Thiqah. Boleh jadi, kata-kata ini Ibn Ma’in sebutkan sebelum itu, kemudian beliau menemui riwayat Ghalib lalu menilainya thiqah. Wallahua’lam.
Al-‘Uqaili telah menilai ‘illah hadith tersebut kerana Murja bin Wada’ dan beliau membawakan penilaian dha’if oleh Ibn Ma’in terhadap Murja. Namun, Abu Hatim berkata: "Beliau tidak bermasalah". Ulama hadith selain Abu Hatim turut menerima pandangan beliau. Oleh itu, punca lemahnya hadith tersebut adalah kerana perawi majhul sebagaimana yang telah dijelaskan. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs