Tutuplah kepala kamu

TEKS BAHASA ARAB

غط رأسك وإن لم تجد إلا خيطا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tutuplah kepala kamu sekalipun kamu tidak memiliki sesuatu selain seutas benang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 248, hadis nombor 192. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه العقيلي (ق 127/ 1) من طريق عبد الحميد بن يحيى عن عبد الله بن زيد، عن زيد بن ثابت مرفوعا.
قال العقيلي: عبد الحميد بن يحيى مجهول بالنقل ولا يتابع عليه ولا يعرف من غير هذا اللفظ بغير هذا الإسناد من وجه يثبت.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-‘Uqaili (hlm. 127/1) melalui sanad ‘Abdul Hamid bin Yahya daripada Abd Allah bin Zaid daripada Zaid bin Thabit secara marfu’. Al-‘Uqaili berkata: "Abdul Hamid bin Yahya seorang yang majhul. Berkenaan periwayatan hadith, tidak ada sokongan bagi riwayat beliau. Selain lafaz ini melalui selain sanad ini tidak diketahui adanya sanad yang thabit.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.