Sesiapa yang membaca membaca ayat ini pada waktu malam: Sesiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya

TEKS BAHASA ARAB

من قرأ في ليلة: {فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا ولا يشرك بعبادة ربه أحدا}؛ كان له نور من عدن أبين إلى مكة حشوة الملائكة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca membaca ayat ini pada waktu malam: "Sesiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesuatu pun dalam beribadat kepada Tuhannya", dia akan memperoleh cahaya yang terang daripada ‘Adn (syurga) sehingga ke Mekah yang dipenuhi oleh para malaikat.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1154, hadis nombor 5837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قرأ في ليلة: {فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا ولا يشرك بعبادة ربه أحدا} كان له نورمن عدن أبين إلى مكة حشوة الملائكة. [البزار، الضعيفة (5856)]

(Munkar) Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:Sesiapa yang membaca membaca ayat ini pada waktu malam: "Sesiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesuatu pun dalam beribadat kepada Tuhannya", dia akan memperoleh cahaya yang terang daripada ‘Adn (syurga) sehingga ke Mekah yang dipenuhi oleh para malaikat. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5856]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs