Tidak ada suami yang bangun pada malam hari, lalu dia membangunkan isterinya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من رجل يستيقظ من الليل فيوقظ امرأته فإن غلبها النوم نضح في وجهها من الماء فيقومان في بيتهما فيذكران الله عز وجل ساعة من الليل إلا غفر لهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada suami yang bangun pada malam hari, lalu dia membangunkan isterinya. Di mana jika isterinya tidak sedar daripada tidur, dia merenjiskan air ke mukanya, lalu mereka berdua mendirikan solat dan mengingati Allah di rumah mereka pada malam hari, melainkan mereka berdua akan diampunkan oleh Allah SWT.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1154, hadis nombor 5836. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من رجلٍ يستيقظ من الليل فيوقظُ امرأَتَهُ فإنْ غَلَبَهَا النَّوم نضحَ في وجهها من الماء فيقومان في بيتِهما فيذكُرانَ الله عزَّ وجلَّ ساعةً من الليل؛ إلا غفر لهما. [طب، وفي مسند الشاميين، الضعيفة (5609)]

(Lemah) Daripada Abu Malik al-Asy’ari RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada suami yang bangun pada malam hari, lalu dia membangunkan isterinya. Di mana jika isterinya tidak sedar daripada tidur, dia merenjiskan air ke mukanya, lalu mereka berdua mendirikan solat dan mengingati Allah di rumah mereka pada malam hari, melainkan mereka berdua akan diampunkan oleh Allah SWT. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, dan dalam Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5609]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.