Sesiapa yang memasuki agama ini, maka dia ialah orang Arab

TEKS BAHASA ARAB

من دخل في هذا الدين، فهو عربي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memasuki agama ini, maka dia ialah orang Arab.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 461-462, hadis nombor 2476. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن النعمان بن بشير – رضي الله عنه – مرفوعا: «رأيت في منامي غنما سودا تتبعها غنم عفر، فأولتها في منامي أنها العرب ومن تبعها من الأعاجم «ومن دخل في هذا الدين، فهو عربي». [أبو نعيم في «أخبار أصبهان»، «الضعيفة» (2052)].

(Sangat Lemah) Daripada al-Nu’mān bin Bashīr RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Aku melihat di dalam mimpiku seekor kambing hitam diekori oleh seekor kambing putih. Maka aku mentakwilkan ia (kambing pertama) dalam mimpiku itu ialah orang Arab dan yang mengekorinya pula adalah daripada kalangan Ajam. Sesiapa yang memasuki agama ini, maka dia ialah orang Arab". [Riwayat Abū Nu‘aym dalam Akhbār Aṣbahān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2052].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs