Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap kali solat fardu, dia akan dipelihara sehingga solat yang seterusnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قرأ في دبر كل صلاة مكتوبة آية الكرسي؛ حفظ إلى الصلاة الأخرى، ولا يحافظ عليها إلا نبي أو صديق أو شهيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap kali solat fardu, dia akan dipelihara sehingga solat yang seterusnya. Tiada yang melazimi amalan ini melainkan dia seorang nabi atau siddiq atau syahid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 342, hadis nombor 1793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «مَنْ قَرَأَ في دُبُرِ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ آيَةَ الْكُرْسِيِّ؛ حُفِظ إلى الصلاة الأخرى، ولا يحافظ عليها إلا نبي أو صديق أو شهيد». [هب، «الضعيفة» (6175)].

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi selepas setiap kali solat fardu, dia akan dipelihara sehingga solat yang seterusnya. Tiada yang melazimi amalan ini melainkan dia seorang nabi atau siddiq atau syahid”. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Syu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6175].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.