TEKS BAHASA ARAB
من اعتم فله بكل كورة حسنة، فإذا حط فله بكل حطة حطة خطيئة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang melilit serban dan setiap lilitan itu adalah kebaikan. Apabila dia membukanya, setiap bukaan itu akan menggugurkan dosanya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis nombor 7120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع): من اعتم فله بكل كورة حسنة، فإذا حط فله بكل حطة حطة خطيئة. [((الضعيفة)) (718)].
(Palsu): Sesiapa yang melilit serban dan setiap lilitan itu adalah kebaikan. Apabila dia membukanya, setiap bukaan itu akan menggugurkan dosanya. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.718]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.