Cukurlah misai, peliharalah janggut dan potonglah apa yang ada di dalam hidung

TEKS BAHASA ARAB

أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى، وانتفوا الذي في الآناف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Cukurlah misai, peliharalah janggut dan potonglah apa yang ada di dalam hidung.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1612, hadis nombor 7123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى، وانتفوا الذي في الآناف. [عد، ((الضعيفة)) (1068)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Cukurlah misai, peliharalah janggut dan potonglah apa yang ada di dalam hidung. [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1068]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.