Sesiapa yang melihat kafir mu’ahad (kafir yang ada perjanjian damai)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من رأى معاهدا فقال: الحمد لله الذي فضلني عليك بالإسلام وبالقرآن وبمحمد -صلى الله عليه وسلم-؛ لم يجمع الله بينه وبينه في النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melihat kafir mu’ahad (kafir yang ada perjanjian damai) lalu berkata: Maha Suci Allah yang telah melebihkan aku ke atas kamu dengan Islam, Quran dan Nabi Muhammad SAW, Allah tidak akan menghimpunkan antara keduanya di neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 817, hadis nombor 4209. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من رأى معاهدا فقال: الحمد لله الذي فضلني عليك بالإسلام وبالقرآن وبمحمد -صلى الله عليه وسلم-؛ لم يجمع الله بينه وبينه في النار)).
[الخليلي في ((الإرشاد))، ((الضعيفة)) (6132)]

(Palsu) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melihat kafir mu’ahad (kafir yang ada perjanjian damai) lalu berkata: Maha Suci Allah yang telah melebihkan aku ke atas kamu dengan Islam, Quran dan Nabi Muhammad SAW, Allah tidak akan menghimpunkan antara keduanya di neraka.
[Riwayat al-Khalili dalam al-Irsyad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6132]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.