Sesiapa yang melaungkan azan selama setahun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أذن سنة من نية صادقة يحشر يوم القيامة فيوقف على باب الجنة فيقال له اشفع لمن شئت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melaungkan azan selama setahun dengan niat yang benar, maka nanti dia akan dikumpulkan pada hari kiamat di mana dia akan diletakkan di hadapan pintu syurga. Lalu dikatakan kepadanya: Berilah syafaat kepada sesiapa yang engkau mahu.

STATUS

(Terdapat perawi pemalsu hadis pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه موسى روى موضوعات عن أنس قصة رحيل بلال ثم رجوعه إلى المدينة بعد رؤيته صلى الله عليه وسلم في المنام وأذانه بها وارتجاج المدينة به لا أصل له وهي بينة الوضع.

Dalam sanad hadith ini terdapat Musa. Beliau adalah orang yang meriwayatkan daripada Anas secara palsu tentang kisah pemergian Bilal dan kembalinya beliau ke Madinah selepas melihat Nabi SAW di dalam mimpi. Di mana beliau azan di Madinah yang menyebabkan bergegar kota Madinah. Hadith tersebut tiada asalnya dan jelas kepalsuan yang ada padanya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.