Di antara setiap azan adanya solat

TEKS BAHASA ARAB

بين كل أذانين صلاة إلا المغرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di antara setiap azan adanya solat melainkan waktu maghrib.

STATUS

(Terdapat perawi pendusta pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في الوجيز «بين كل أذانين صلاة إلا المغرب» فيه حيان بن عبد الله كذاب، قلت أخرجه البزار وقال تفرد به حيان وهو بصري مشهور ليس به بأس، قيل لكنه اختلط والحديث في البخاري بلا زيادة إلا المغرب وعندي ابن حيان وهم في زيادته ويمكن أن لا وهم فإن الزيادة المذكورة لا تنافى أصل الحديث.

Di dalam kitab al-Wajiz menyebut:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاةٌ إِلا الْمغرب
“Di antara setiap azan adanya solat melainkan waktu maghrib.”
Di dalam sanad hadith ini terdapat Hayyan Bin Abdullah. Beliau adalah seorang pendusta. Aku katakan: al-Bazzar meriwayatkan hadith ini. Beliau berkata: Hayyan telah bersendirian meriwayatkan hadith ini. Beliau seorang yang terkenal yang berasal dari Basrah. Tidak mengapa meriwayatkan hadith daripadanya. Akan tetapi beliau telah ditimpa kekeliruan. Hadith ini terdapat di dalam Sahih al-Bukhari tanpa ada penambahan ‘kecuali waktu maghrib’. Aku berpandangan bahawa Hayyan adalah perawi yang wahm (banyak melakukan kesalahan) ketika menambahkan lafaz hadith dan boleh jadi beliau tidak wahm. Penambahan lafaz yang disebutkan tidak menafikan matan asal hadith ini.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs