TEKS BAHASA ARAB
من طاف بالبيت خمسين مرة؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50 kali, dia akan bebas dari dosanya seperti mana hari dia dilahirkan oleh ibunya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 753, hadis nombor 3851. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من طاف بالبيت خمسين مرة؛ خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه)).
[ت، المخلص في ((الفوائد))، ابن الجوزي في ((منهاج القاصدين))، الأصبهاني في ((الترغيب والترهيب))، ((الضعيفة)) (5102)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan tawaf di Baitullah sebanyak 50 kali, dia akan bebas dari dosanya seperti mana hari dia dilahirkan oleh ibunya.
[Riwayat Sunan Tirmizi, al-Mukhlis dalam al-Fawaid, Ibn al-Jauzi dalam Minhaj al-Qasidin dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5102]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.